Pemikiran A. A. Navis

Kritikan sastera

Beliau berpendapat bahawa sesuatu karya sastera yang baik adalah karya yang berisi kekal malar hijau atau "awet", di mana sesuatu karya yang sebaik atau sebagus manapun jika nilanya hanya "seperti kereta api; lewat saja" dianggap lemah.

Kritikan budaya

Perihal orang Minang, dirinya sendiri, keterlaluan kalau ada yang mengatakan orang Minang itu pelit. Yang benar, penuh perhitungan. Sangat tak tepat mengatakan orang Minang itu licik. Yang benar galia (galir), ibarat pepatah tahimpik nak di ateh, takuruang nak di lua (terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar).[1]

Kritikan terhadap kenegaraan

Beliau amat lantang menegur menegenai keadaan pendidikan peringkat nasional Indonesia yang dianggap hanya membenarkan penerimaan fikiran dan ajaran disuap tanpa diajarkan mengemukakan fikiran dari sudut pandang pelajar sendiri dari tahap sekolah dasar sampai perguruan tinggi sehinggakan menurutnya terjadi "pembodohan" terhadap generasi-generasi akibat dari kekuasaan. Model pendidikan sastera atau mengarang di Indonesia turut dilihat merupakan strategi atau pembodohan agar orang tidak kritis. Menurutnya:

Orang Indonesia tidak punya strategi. Strategi ekonomi Indonesia itu apa? Strategi politik orang Indonesia itu apa? Strategi pendidikan orang Indonesia itu apa? Strategi kebudayaan orang Indonesia itu apa? Mau dijadikan apa bangsa kita? Kita tidak punya strategi. Oleh karena itu, kita ajak mereka supaya tidak bodoh lagi.